Sunday, March 13, 2011

jika..

ok.. skrg nih,. aku nak bersajak jap.hahahaa,, moga yang membaca dan si penulis ini..sentiasa mengingatkan diri..

jika aku tak sembahyang sekarang..
siapa yang akan sembahyangkan AKU nanti?

jika aku tak pakai tudung skrang..
siapa yang akan dikoyakkan kulit kepalanya nanti di neraka..
kalau bkn AKU?

jika aku berkapel sekarang..
siapa yang akan memilih AKU sebagai suri hatinya kelak?
nak kapel ke?

jika aku bergaul bebas skarang..
siapa yang akan bergaul secara halal dgn AKU lagi?

jika aku menyempitkan dada.menghalang hidayah Allah Swt menyapaku sekarang..
siapa lagi yang mampu menyuluhkan hidayah kepada AKu selainNYA?

jika aku menyentuh yang bukan muhrim dgn sengaja skrg...
siapa lagi yang akan menyentuh AKU dgn halal nanti?

jika aku berhias secara sengaja dan berbangga dgn kecantikan aku ketika itu..
siapa yang akan memberikan nur kepada AKU ketika kiamat menjelma?

jika aku mencerca sahabat yang baik dan ingin mengubah diriku ke arah lebih baik skrg..
siapa lagi yang akan mengambil berat tentang keadaan AKU di akhirat nanti?

jika aku berhubungan dgn bkn muhrim tnpa alasan yang mampu kubentangkan kepada Allah SWT skrg..
siapa yg akan membela nasibku ketika dua MALAIKAT Allah menyoal ku seorg diri di alam barzakh kelak?

jika aku bermain mata ketika ini dengan mana2 lelaki dengan sengaja..
siapa lagi yang akan ditentukanNya sbgai jodoh AKU.. melainkan org yang seperti AKU juga?

jika aku hanya 'simple' mengenakan selipar jamban untuk turun membeli makanan di khalayak ramai skrg..
siapa yang akan menutup kakiku ketika api neraka membakar semahu2nya kelak?

jika aku sengaja memonteng kelas ketika ini..
siapa yang akan kecewa melainkan ibubapa yang mengharap penuh kasih di rumah?
(suda bergenang ayaq mata.. sbb saya homesick.T_T)

jika aku mencintai hamba Allah lebih dari aku cintakanNYA skrg..
siapa yang paling kecewa pada kita kerana cintaNya tak pernah berbalas melainkan Allah?
hadiahkan hati ini..hanya untuk ilahi..=)

jika aku sengaja tidak melakukan rukun2 wajib ke atas aku sekrang..
siapa yang akan membelaku ketika dihitung amalku dihadapanNya kelak?

dan,...
jika aku melakukan segala yang dimurkaiNya skrg..
percayalah duhai hati-hati manusia..
tiada satu tangan pon di atas dunia ini..
yang mampu menarik kita keluar dari 
kedalaman azab NERAKA Allah..
kelak..

p/s: sebrutal2 faz..

No comments:

Post a Comment